Petikan kisah - kisah motivasi


"JANGAN JADI SEORANG YANG MELIHAT,TETAPI....TIDAK NAMPAK"

Dalam tahun 1982 sewaktu masih bekerja sebagai pegawai operasi di sebuah bank perdagangan,saya mendengar kisah menarik yang diceritakan oleh seorang wanita yang merupakan pelanggan bank tempat saya bekerja di Rawang.Kisahnya mengenai kejayaan anak angkatnya seorang pendatang indonesia bernama giman.Pada mulanya giman bekerja sebagai buruh am di sebuah ladang ternakan ayam telur di Rawang,Selangor yang kemudiannya diberi kepercayaan untuk melupuskan 'ayam pencen' dari ladang tersebut.

Ladang tersebut sangat besar sehingga kerja-kerja untuk memindahkan atau melupuskan ayam telur yang sudah tidak produktif ini menjadi kerja besar.ayam-ayam itu dihantar oleh giman kepada para peniaga ayam runcit di pasar basah,pasar malam,dan pasar lambak yang dikenali oleh giman. Bila usaha tersebut menghasilkan pulangan yang lumayan,lantas giman berhenti bekerja dan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada perniagaan 'membekalkan ayam pencen'.

Usaha tersebut semakin berkembang sehingga beliau berjaya membeli dua buah lori pick up dan menggajikan beberapa orang pekerja. pelanggannya pula semakin bertambah dari hari ke hari. Mereka datang dari sekitar lembah klang dan hulu langat sehinggalah dari utara negeri selangor.

Giman si pendatang terus mendaki tangga-tangga kejayaan.tidak lama kemudian,beliau diberi kepercayaan oleh ladang ternakkan tersebut untuk membekalkan telur ke seluruh negeri selangor.

Cerita kejayaan pendatang tersebut mengagumkan dan menarik perhatian saya sehingga saya setuju menerima pelawaan wanita tersebut untuk bertandang ke rumahnya- khusus untuk melihat dan mendengar kejayaan giman.di rumahnya,saya ditunjukkan beberapa album foto yang dipenuhi dengan gambar majlis perkahwinan giman dengan anak saudara wanita itu. Antara banyak-banyak gambar yang saya lihat,ada satu foto yang buat saya terpegun,iaitu gambar giman di sisi kereta BMW barunya.....


'petikan dari buku "silent millionaire" chef li'